Harga minyak mingguan: PDAM masih berharap

Iklan
Khairul Annuar Abdul Aziz

KUALA LUMPUR - Persatuan Pengusaha-pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM) berharap kerajaan akan terus membuka pintu rundingan bagi mencari formula terbaik penetapan harga minyak.

Ini kerana penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan akan terus menyebabkan kerugian dan ketidaktentuan margin jualan pengusaha stesen minyak.

Iklan
Iklan

Presidennya, Datuk Khairul Annuar Abdul Aziz berkata, ini kerana harga minyak secara mingguan merupakan eleman yang menjadi kerumitan industri.

"Kami berharap dapat terus berbincang tentang mekanisma harga mingguan ini supaya pembekalan minyak kepada rakyat tidak terjejas.

Iklan

"Kami masih berharap kerajaan akan terus membuka pintu dan sentiasa mengadakan rundingan dengan PDAM agar masalah ini dapat kita perhalusi. Seterusnya mendapatkan formula yang terbaik bagi semua pihak iaitu kepada pengguna, pengusaha, kerajaan dan syarikat minyak,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau juga menasihatkan semua pengusaha stesen minyak terus bersabar dengan keputusan penurunan harga yang memberi impak kepada semua.

Iklan

"Tetapi, kami yakin ini adalah keputusan yang baik daripada kerajaan, memandangkan ekonomi semasa. Kita berharap pengumuman ini akan memberikan keseimbangan kepada semua,” katanya.

Dalam pada itu, Khairul Annuar turut menyambut baik usaha kerajaan menyelaraskan Margin Pengusaha Stesen Minyak dengan tambahan 2.81 sen kepada 15 sen seliter bagi produk petrol RON95 dan tambahan tiga sen kepada 10 sen seliter bagi produk diesel.

"Seperti yang kita telah maklumkan sebelum ini, perniagaan stesen minyak sedang menghadapi pelbagai cabaran khususnya dari segi kenaikan kos operasi yang menyebabkan ramai antara kami terpaksa gulung tikar.

"Pengumuman dibuat oleh kerajaan sebentar tadi sedikit sebanyak dapat membantu memberi nafas kepada kami untuk meneruskan perniagaan,” katanya.