SACARAMENTO - Facebook Inc semalam mengumumkan logo baharu syarikat itu bertujuan untuk membezakan dengan aplikasinya.
Syarikat media sosial gergasi itu memaklumkan, ia akan mula menggunakan jenama baharu tersebut dalam produk dan bahan pemasarannya serta bakal mengemas kini laman web Facebook for Business dalam tempoh beberapa minggu akan datang.