SPM: Johor siap sedia hadapi kemungkinan banjir

Iklan
Gambar hiasan

KULAI - Kerajaan Johor bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan banjir berikutan musim hujan sepanjang waktu peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sumber Manusia, Sains dan Teknologi negeri, Aminolhuda Hassan berkata, Jawatankuasa Gerakan Payung yang ditubuhkan oleh Jabatan Pendidikan negeri juga telah mengenal pasti kawasan sekolah ‘hotspot’.

Iklan
Iklan

Menurutnya, kesemua mereka yang terlibat dalam jawatankuasa itu termasuk pegawai pendidikan telah dilatih untuk menghadapi sebarang kemungkinan dan bertindak dengan segera.

"Kalau tidak ada, kita akan pindahkan mereka ke asrama berdekatan,” katanya dalam sidang media di Sekolah Menengah Kebangsaan Kulai Besar, di sini hari ini.

Iklan

Aminolhuda berkata, calon juga tidak mempunyai masalah untuk mengambil peperiksaan di mana-mana sekolah dengan hanya membawa kad pengenalan diri sekiranya berlaku perkara tidak diingini.

Sejumlah 50,619 calon SPM di Johor bagi fasa dua menduduki peperiksaan pada hari ini di 360 pusat peperiksaan. - Bernama

Iklan