PPM giat banteras pelbagai kes penyeludupan

Iklan
Zainal Abidin (duduk, enam dari kiri) bersama wakil agensi penguatkuasa dari 13 negara Asia Pasifik yang hadir pada Regional Maritime Security Operation Workshop di sini tadi.

KUALA LUMPUR – Pasukan Polis Marin (PPM) telah mempertingkatkan risikan dan operasi bagi membanteras sindiket penyeludupan rokok, arak, hidupan liar dan nelayan asing yang mencuri hasil perikanan negara.

Timbalan Pengarah (Gerakan) Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan ketenteraman Awam Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Zainal Abidin Kasim, pihaknya mendapat maklumat daripada badan bebas di negara ini yang memaklumkan Malaysia kerugian RM5 bilion setahun kerana gagal mengutip cukai dan duti rokok disebabkan sindiket penyeludupan rokok haram.

Iklan
Iklan

"Kerajaan turut mengalami kerugian sebanyak RM6 bilion setiap tahun disebabkan kes nelayan asing yang menceroboh dan mencuri hasil laut di perairan negara,” katanya.

Zainal Abidin berkata, PPM telah menahan lebih 100 individu yang terlibat dalam kes penyeludupan rokok haram.

Iklan

"Hasil rampasan rokok haram dalam operasi yang dilaksanakan sejak awal tahun hingga Oktober lalu dianggarkan berjumlah RM42 juta,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Regional Maritime Security Operation Workshop (MaSO) 2019 anjuran Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) dengan kerjasama PDRM) di sini tadi.

Iklan

Turut hadir Ketua delegasi ICRC, Biljana Milosevic dan Komander Pasukan Marin, Senior Asisten Komisioner Mohd Yusoff Mamat.

Bengkel selama lima hari itu disertai seramai 35 pegawai kanan daripada pelbagai agensi termasuk polis, pengawal pantai, penguatkuasa maritim, tentera laut dan agensi kawalan sempadan dari 13 negara di Asia Pasifik.

Antara objektif bengkel itu adalah sebagai platform perbincangan dan kerjasama antarabangsa dalam menangani isu perairan dan perlindungan migran di rantau ini.

Zainal berkata, antara isu yang akan dibincangkan dalam bengkel tersebut adalah isu migran.

"Antara perkara yang akan dibincangkan adalah tentang penguatkuasaan undang-undang maritim, undang-undang antarabangsa dan isu migran.

"Agensi maritim ini juga dikehendaki mencari resolusi untuk bekerjasama sekiranya berhadapan dengan limpahan migran serta berkongsi maklumat berkaitan jenayah rentas sempadan,” katanya.

Beliau berkata, resolusi itu juga diharap dapat dibincangkan di peringkat tertinggi di antara ketua polis negara masing-masing.

"Perkara ini juga akan dibawa dalam peringkat menteri dari negara berkenaan supaya kita semua ada satu garis panduan dan peraturan yang perlu dipatuhi,” katanya.