KUALA LUMPUR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan melakukan pemantauan khusus terhadap harga straw biodegradasi apabila larangan penggunaan straw plastik dikuatkuasa sepenuhnya mulai 1 Januari 2020.
Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata berdasarkan maklum balas daripada pengguna yang diperoleh melalui sistem aduan KPDNHEP, harga straw itu masih terkawal dan tiada aduan khusus berhubung kenaikan harga bahan itu.