PETA minta China henti guna babi dalam ujian perlanggaran

Iklan
Ujian-ujian ini pernah dilakukan di Amerika Syarikat tetapi diberhentikan semenjak 1993 selepas kempen PETA untuk mengharamkan penggunaan haiwan hidup di dalam ujian yang sama.

CHINA - Persatuan Hak Asasi Haiwan (PETA) mendesak pihak berkuasa China untuk menghentikan ujian perlanggaran menggunakan babi hidup.

PETA baru-baru ini telah mendedahkan sejumlah babi dipaksa untuk duduk di kerusi kanak-kanak untuk kenderaan sebelum ia dilanggar ke dinding bagi tujuan kajian, lapor PlantBasedNews.org.

Iklan
Iklan

Babi itu akan mengalami pendarahan, lebam atau tubuhnya remuk. Jika babi itu tidak mati dalam ujian itu, ia akan dibunuh dan tubuhnya dibedah siasat.

Ujian-ujian ini pernah dilakukan di Amerika Syarikat tetapi diberhentikan semenjak 1993 selepas kempen PETA untuk mengharamkan penggunaan haiwan hidup di dalam ujian yang sama.

Iklan

Menurut jurucakap PETA, Zachary Toliver, babi tidak mampu untuk duduk tegak di dalam kerusi kanak-kanak tersebut dan bentuk badan mereka juga berbeza dari manusia.

"Data yang mereka terima dari babi ini tidak tepat dan tidak boleh digunakan untuk mengkaji kecederaan kanak-kanak di dalam kenderaan.

Iklan

"Kini kaedah penyelidikan tidak menggunakan haiwan malah pembuat kereta utama di seluruh dunia telah menggunakan patung-patung khas yang penuh dengan sensor atau menggunakan cadaver (mayat) manusia," katanya.

Tambahnya, ujian berkenaan dijalankan di Institut Penyelidikan Perubatan Trafik Hospital Daping yang mendesak agar kerajaan China menghentikan tindakan tersebut.

China dilihat sering menggunakan kaedah termurah untuk mendapat keuntungan maksimum dan tanpa pengawasan, mereka akan terus dengan cara yang keji dan kejam di dalam perniagaan.