SPRM siasat semua 16 kes 'land swap'

Iklan

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang menyiasat semua 16 kes projek pertukaran tanah milik Kementerian Pertahanan.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya berkata, pihaknya memerlukan masa kerana berhadapan dengan kesukaran untuk mendapatkan bukti.

Iklan
Iklan

"Ini adalah kes yang sudah berlaku sejak 25 tahun lalu dan ia membabitkan Menteri Pertahanan yang berlainan dan ramai penjawat awam bertukar.

"Ia bukan begitu mudah dengan hanya menyerahkan kepada kita laporan audit kerana kita perlu tahu kenapa urusan itu dilakukan. Kes itu masih dalam siasatan dan saya percaya bukan setiap kes akan membawa kepada pendakwaan, jadi kami memerlukan masa,” katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan pada Persidangan Antarabangsa Mengenai Jenayah Kewangan dan Pembiayaan Keganasan (IFCTF) 2019 bertema ‘Membina Kepercayaan dan Ketelusan: Bekerjasama, Mempercepat, Memperkukuh’ di sini hari ini.

Latheefa berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Hanipa Maidin, bahawa SPRM hanya membuka satu kertas siasatan daripada 16 kes projek pertukaran tanah Kementerian Pertahanan.

Iklan

Februari lalu, Kementerian Pertahanan mendedahkan kerajaan mengalami kerugian lebih RM500 juta sejak tahun 1997.

Pertukaran tanah atau 'land swap' merupakan satu kaedah pembangunan kem-kem tentera, perumahan anggota tentera dan fasiliti-fasiliti lain yang dibiayai melalui pertukaran tanah milik Persekutuan yang diberikan kepada pihak swasta yang membangunkannya.

Ia adalah satu kaedah untuk menangani kekangan kewangan kerajaan di sebalik keperluan yang besar terhadap pembangunan.

Keseluruhan 16 projek land swap itu melibatkan 1,186 hektar tanah milik Persekutuan yang bernilai RM4.7 bilion dan nilai projek yang sepatutnya dibangunkan adalah sebanyak RM4.8 bilion.

Sehingga Disember 2018, hanya lima projek telah disiapkan, dua dalam pembinaan dan baki sembilan projek lagi sama ada gagal disiapkan atau masih dalam proses untuk ditandatangani.