Pas kesal kempen ugutan jadi ‘senjata’ PH

Iklan
Ahmad

ALOR SETAR - Pas Kedah kesal kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai dicemari unsur ugutan terhadap pengundi selain menyifatkan perbuatan itu keterlaluan.

Pesuruhjayanya, Ahmad Yahaya berkata, kempen seumpama itu boleh mencetuskan ketegangan dan permusuhan antara kaum sekiranya dijadikan ‘senjata’ untuk mengapi-apikan sentimen perkauman.

Iklan
Iklan

Menurutnya, Pas Kedah membantah kempen berbentuk keterlaluan terhadap pengundi seperti dilakukan Menteri Pertanian dan Asas Tani, Datuk Seri Salahuddin Ayub melalui video yang tular di perjumpaan tertutup di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Pei Chio, Kukup Laut, bawah Parlimen Tanjung Piai.

"Matlamat PRK diadakan adalah untuk memilih pengganti wakil rakyat bukan memilih ‘samseng’ yang akan membuat kacau bilau dalam negara,” katanya.

Iklan

Ahmad berharap semua calon terlibat menggunakan kempen sihat dalam menawan hati pengundi dengan mengemukakan tawaran terbaik dari setiap parti bertanding.

"Nyatakan hujah atau alasan mengapa perlu memilih parti atau calon itu, bukan dengan ugutan konon akan jadi kacau bilau bila parti tertentu perintah,” katanya.

Iklan

Menurutnya, seorang ahli politik bertaraf menteri tidak sewajarnya menunjukkan contoh kempen seumpama itu, tambahan pula negara kini menghampiri tahun 2020, yang menyasarkan Malaysia sebagai negara maju.

"Biarlah kemajuan itu turut berlaku dalam pelbagai aspek termasuk kempen pilihan raya. Majukah negara kita jika menteri sendiri ugut atau cuba menakut-nakutkan pengundi?,” katanya.

Ahmad juga berharap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengambil tindakan sewajarnya terhadap sesiapa sahaja yang melanggar Akta kesalahan pilihan raya termasuk individu bertaraf menteri Kabinet.

"Saya juga ingin mengajak pengundi Tanjung Piai memanfaatkan peluang untuk zahirkan bantahan terhadap sikap negatif pemimpin PH (Pakatan Harapan) itu dengan memberi undi kepada calon BN (Barisan Nasional),” katanya.