TEL AVIV - Dasar Israel untuk merampas tanah milik penduduk Palestin di Tebing Barat dan Baitulmaqdis semakin meningkat sejak beberapa tahun lalu.
Di bawah langkah itu, lebih 50 hektar tanah persendirian penduduk Palestin di bandar Hizma di timur Baitulmaqdis diceroboh Tel Aviv.
Iklan
Iklan
Datuk Bandar Hizma memaklumkan sebahagian besar kawasan telah dirampas sebelum ini untuk membina dua penempatan haram Israel.
Beliau menjangkakan tindakan kali ini adalah untuk memperluaskan jalan yang digunakan tentera rejim Zionis dan pendatang Yahudi ke kawasan penempatan haram Adam.
Menurut salah seorang pemilik tanah, Khayry Askar, pihak berkuasa Israel merampas sebahagian tanah milik keluarganya pada 1977 dan kini dia berdepan senario sama.
Difahamkan bandar Hizma dikelilingi empat kawasan penempatan haram dan dianggap sebagai penghubung utama antara bandar utara dan selatan di Tebing Barat serta salah satu pintu utama ke kota suci Baitulmaqdis.
Sejak beberapa dekad lalu langkah pencerobohan Israel itu terus dikecam negara antarabangsa. - Agensi