Pegawai hasil di India maut dibakar hidup-hidup

Iklan
Pejabat di mana kejadian bakar hidup-hidup seorang pegawai hasil India berlaku. - Foto Agensi

NEW DELHI - Seorang pegawai hasil di negeri Telangana, India dibakar hidup-hidup di pejabatnya dipercayai akibat pertikaian tanah.

Vijaya Reddy, 37, meninggal dunia di lokasi kejadian manakala salah seorang pekerjanya bernama Gurunnatham yang terbakar ketika cuba membantu maut sehari kemudian.

Iklan
Iklan

Dalam insiden di Abdullahpurmet semalam, mangsa dilaporkan baru pulang daripada menghadiri perbicaraan mahkamah sebelum bertemu dengan seorang lelaki bernama K Suresh di pejabatnya.

Gurunnatham berkata, dia mendengar jeritan dari pejabat mangsa namun pintunya dikunci dari dalam.

Iklan

"Dia (Reddy) berjaya membuka pintu lalu keluar, kami cuba untuk menarik Suresh namun pada masa sama mangsa jatuh dan ketika itu api semakin marak," kata Gurunatham sebelum meninggal dunia.

Suresh dilaporkan melarikan diri dengan kesan luka terbakar namun berjaya ditahan pihak polis tidak lama kemudian.

Iklan

Difahamkan Suresh dan keluarganya yang berasal dari kampung berhampiran sedang menjalani kes perbicaraan berhubung pertikaian tanah.

"Kami tidak tahu kenapa Suresh berjumpa dengan mangsa," kata ayah Suresh, Krishna sambil menambah kes terbabit diuruskan olehnya dan seorang abang.

Dalam pada itu Persatuan Pekerja Hasil Telangana berkata, mereka akan melancarkan mogok selama tiga hari sebagai tanda protes.

Menurut Presidennya, Ravinder Reddy Vanga dalam tempoh dua tahun kebelakangan ini terdapat beberapa insiden di mana pegawai hasil diserang orang awam. - Agensi