Kerajaan sedia pertimbang elaun kepada anggota SRS

Iklan
Waytha Moorthy

KUALA LUMPUR - Kerajaan sedia mempertimbangkan cadangan pemberian elaun kepada anggota Skim Rondaan Sukarela (SRS) selaras dengan keadaan ekonomi masa kini yang semakin mencabar.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waytha Moorthy bagaimanapun berkata, perkara itu harus dilihat berdasarkan keadaan kewangan negara.

Iklan
Iklan

"Sejak SRS ditubuhkan pada 2004, (anggota) badan ini tidak pernah menerima sebarang elaun dan terus setia melaksanakan khidmat komuniti dan fungsi mereka secara sukarela.

"Selaras dengan keadaan ekonomi semasa, saya merasakan telah sampai masanya anggota SRS turut dipertimbangkan elaun sebagaimana dinikmati pertubuhan lain seperti Jawatankuasa Perwakilan Penduduk (JPP) dan anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) yang menikmati elaun atas perkhidmatan diberikan,” katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2020 peringkat jawatankuasa pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Sementara itu Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Hanipa Maidin berkata, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sedang menjalankan persiapan bagi melaksanakan​​​​​​penguatkuasaan usia kelayakan mengundi 18 tahun dan pendaftaran pemilih secara automatik.

Iklan

Beliau berkata, SPR menjangkakan perkara itu dapat dilaksanakan selewat-lewatnya pada Julai 2021.

"Persiapan itu termasuk penyediaan pindaan kepada Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002 dan undang-undang lain yang berkaitan penyediaan prosedur operasi standard (SOP) dan penyediaan sistem serta persediaan infrastruktur pengundi berusia 18 tahun.

"Semua perkara ini dapat disiapkan dalam tempoh 18 hingga 24 bulan dari tarikh kelulusan pindaan pada 25 Julai lepas,” katanya.

Persidangan Dewan Rakyat bersambung esok. - Bernama