Metallica derma RM414,000 untuk kebakaran hutan di California

Iklan
Kumpulan rock Metallica

PRIHATIN dengan bencana kebakaran hutan di utara dan selatan California, kumpulan rock Metallica melalui yayasannya All Within My Hand mendermakan sebanyak AS$100,000 (kira-kira RM414,000) sebagai bantuan menangani perkara itu termasuk mangsa yang terlibat.

Perkara itu dikongsi menerusi Twitter rasmi mereka @Metallica.

Iklan
Iklan

Metallica berkata, AS$50,000 (kira-kira RM207,000) akan disalurkan kepada dana Sonoma County manakala selebihnya kepada dana Wildfire Relief.

Mereka juga menggesa peminat untuk mendermakan wang, makanan dan pakaian kepada mangsa terjejas selain sukarela membantu menyediakan penempatan sementara buat mangsa.

Iklan

Perkongsian itu mendapat perhatian peminatnya yang turut sama menderma wang menerusi yayasan tersebut.

"Saya ada rakan di California, mereka baik sahaja tetapi banyak sekolah ditutup gara-gara bencana itu dan mereka memerlukan sokongan berterusan dari anda semua," ciap @Mrmengrong.

Iklan