Penganjur, model dikecam guna selempang 'Republic of Malaysia'

Iklan
Peserta dari Malaysia memakai selempang tertulis 'Republic of Malaysia'.

SHAH ALAM - Rakyat Malaysia kesal kesilapan penganjur Miss Crystal Angel International kerana tidak peka apabila dua peserta Malaysia memperkenalkan diri dan menyatakan dirinya mewakili 'Republic of Malaysia'.

Sebelum ini, tular satu rakaman video model wanita yang dirakam semasa segmen pembukaan acara tersebut yang menyaksikan peserta menggayakan pakaian kebangsaan dan memakai selempang tertulis 'Republic of Malaysia'.

Iklan
Iklan

Peserta Malaysia yang kontroversi itu dilihat menggayakan persalinan tradisional potongan kebaya.

Bagaimanapun, penganjur organisasi Miss Crystal Angel Antarabangsa (MCAI) memohon maaf secara terbuka di laman Facebooknya rasminya.

Iklan
Permohonan maaf Penganjur Miss Crystal Angel International di Facebook.

"Kami sebagai penganjur MCAI Myanmar 2019 ingin memohon maaf kepada rakyat Malaysia kerana kesilapan menggunakan nama ‘Republic of Malaysia’ pada selempang.

"Kesilapan ini juga tidak datang daripada peserta Malaysia, namun ia atas kesilapan kami." katanya.

Iklan

Pihak MCAI juga menjelaskan bahawa mereka sudah menukarkan nama ‘Republic of Malaysia’ itu kepada ‘Borneo’ melalui perbincangan dengan pihak organisasi Malaysia di dalam ruangan komen berkenaan.

Perkongsian permohonan maaf yang tular di laman sosial terus mendapat kecaman, kutukan dari netizen sehingga kini.

"Tidak belajar pasal negara dan sejarah ke, baik tidak payah anjur majlis besar macam ini, memalukan," kata Hana.

Kata Zikuan Anwar,"Menunjukkan betapa kalian tidak prihatin mengenai kedaulatan negara ini," tulisnya.

Netizen juga sebulat suara tidak menerima permohonan maaf daripada penganjur kerana perkara itu tidak sepatutnya berlaku.