Wanita ditemui mati dalam parit

Iklan
Mayat Normah Hayati ditemui mati di dalam parit kemudian dibawa ke Hospital Besut untuk bedah siasat petang ini.

JERTIH - Seorang wanita warga emas orang kelainan upaya (OKU) ditemui mati dalam keadaan terlentang di dalam parit di Kampung Gong Nering, dekat sini, petang tadi.

Difahamkan, mangsa, Normah Hayati Mokthar, 63, yang mengalami masalah mental ditemui oleh orang awam sebelum memaklumkan kepada polis kira-kira jam 1 petang tadi.

Iklan
Iklan

Menurut sumber, lokasi mangsa ditemui mati kira-kira 100 meter dari rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) yang didudukinya di kampung tersebut.

"Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Unit Forensik Hospital Besut untuk bedah siasat,” katanya.

Iklan

Sumber berkata, hasil bedah siasat mendapati kematian mangsa tidak mempunyai unsur jenayah tetapi akibat serangan jantung.

Normah Hayati yang tinggal bersama salah seorang anak lelakinya, Kamarul Ariffin Mokthar, 34, yang juga mengalami masalah mental dikatakan keluar rumah sejak petang Rabu dan tidak pulang sehingga ditemui mati.

Iklan

Bagaimanapun dia yang mempunyai empat anak lain dlihat berjalan kaki sekitar kampung itu semalam oleh penduduk kampung.