Azmin janji bayar bil perjalanan tertunggak

Iklan
Mohamed Azmin Ali

SHAH ALAM - Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Mohamed Azmin Ali berjanji membayar bil perjalanan termasuk tiket penerbangan dan penginapan hotelnya yang didakwa tertunggak.

Ditanya mengenai writ saman yang difailkan sebuah agensi pelancongan ke atasnya untuk mendapatkan lebih RM300,000 sebagai bayaran tertunggak itu Azmin berkata, beliau akan menyemak penyata tuntutan itu.

Iklan
Iklan

"Saya belum lihat writ saman itu lagi. Saya telah minta pegawai-pegawai saya untuk menyemak tuntutan yang dibuat oleh ejen pelancongan berkenaan.

"Sekiranya masih ada lagi baki tertunggak yang belum dibayar, saya kena bayarlah, tanggungjawab saya untuk membayar.

Iklan

"Jadi biarlah semakan dibuat (dahulu),” katanya susulan laporan yang mendakwa agensi pelancongan terbabit memfailkan saman di mahkamah menuntut lebih RM300,000 untuk bil perjalanan yang belum dijelaskan.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu berkata demikian ketika ditemui media di luar Sidang Kemuncak Matlamat Pembangunan Mampan Malaysia 2019 di KLCC Kuala Lumpur hari ini.

Iklan

Azmin juga ditanya sebab agensi pelancongan terbabit yang mendakwa menguruskan perjalanan Timbalan Presiden PKR itu selama 20 tahun membawa kes berkenaan ke mahkamah.

"Saya tidak tahu (mengapa), kamu tanyalah (kepada) mereka," katanya.