JAKARTA - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) tiga penyelam, dua rakyat China dan seorang warga Singapura di perairan Pulau Sangiang di Selat Sunda, wilayah Banten memasuki hari keempat hari ini.
Badan Mencari dan Menyelamat Nasional (Basarnas) menyambung misi pencarian tersebut bersama tiga kapal tentera laut, dua bot peronda polis dan sebuah helikopter selepas kehilangan trio tersebut dilaporkan pada Ahad lalu.