Penagih tegar dipenjara enam tahun

Iklan
Hasmawi ketika hadir ke mahkamah hari ini.

KUALA TERENGGANU - Padah mengambil dadah berulang kali, seorang penagih tegar dihukum penjara enam tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana mengambil dadah jenis amphetamine dan methamphetamine pada September lalu.

Tertuduh, Hasmawi Hashim, 36, dari Ketengah Jaya, Dungun, yang memiliki dua rekod jenayah lampau penyalahgunaan dadah turut diarahkan menjalani pengawasan selama dua tahun.

Iklan
Iklan

Keputusan dibuat Hakim Jamaludin Mat selepas tertuduh yang bekerja sebagai buruh mengaku salah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39C (1) akta sama.

Mengikut pertuduhan, Hasmawi didakwa menyalahgunakan dadah jenis amphetamine dan methamphetamine dengan memasukkan ke dalam badannya sendiri yang menjadi kesalahan kali ketiga pernah dilakukan.

Iklan

Hasmawi mengaku salah melakukan kesalahan itu di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Dungun, kira-kira jam 6.45 petang pada 1 September lalu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Zulfazliah Mahmud manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela.

Iklan

Tertuduh sebelum ini pernah dijatuhi hukuman denda RM1,800 atau tiga bulan penjara dan dua tahun pengawasan oleh Mahkamah Dungun pada 3 Mei 2010 kerana kesalahan mengikut Seksyen 15(1) ADB 1952.

Setahun kemudian iaitu pada 19 September 2011, tertuduh sekali lagi didakwa mengulangi kesalahan sama sebelum Mahkamah Dungun menjatuhkan hukuman enam bulan penjara dan dua tahun pengawasan.