Saya sudah jawab surat tunjuk sebab: Ronnie Liu

Iklan
Ronnie

SHAH ALAM -"Saya sudah jawab surat tunjuk sebab yang dikeluarkan parti," demikian reaksi Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) DAP, Ronnie Liu yang akan dihadapkan ke jawatankuasa disiplin DAP minggu depan.

Menurutnya, beliau juga yakin dirinya tidak bersalah dalam mengeluarkan kenyataan sebelum ini.

Iklan
Iklan

"Saya sudah beri surat (tunjuk sebab) dan saya akan dipanggil pada minggu hadapan, saya yakin saya tidak bersalah.

"Saya tidak bermusuh dengan sesiapa sebaliknya ini adalah soal yang berkait dengan janji, keluhuran ekonomi dan sebagainya," katanya.

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: DAP sudah serah surat tunjuk sebab kepada Ronnie

Tegasnya, pandangannya itu tidak mewakili kedudukannya dalam DAP.

Iklan

"Semua ulasan dan pendapat yang saya luahkan dibuat dengan tulus hati dan ia tidak mewakili pandangan parti.

"Oleh itu tidak ada niat untuk menimbulkan suasana tidak harmoni dalam gabungan PH dan pastinya bukan dalam parti yang telah saya berkhidmat selama bertahun-tahun," katanya.

Terdahulu Ronnie menerusi sebuah laporan portal berita tempatan baru-baru ini mengundang kontroversi apabila mendakwa Pakatan Harapan masih boleh membentuk kerajaan tanpa Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Dalam kenyataan itu beliau turut mempersoalkan pendirian Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menerima bekas ahli politik UMNO sebagai ahli Bersatu dan kegagalan Dr Mahathir menetapkan tarikh peralihan kuasa kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.