Kereta dibaling kerusi, mercun selepas tegur jiran bising

Iklan
Keadaan kereta terbabit yang rosak akibat serpihan mercun dan dibaling kerusi jiran terbabit.

KAPAR - Seorang lelaki tidak menyangka niatnya menegur jiran yang membuat bising mengundang rasa tidak puas hati pihak terlibat dalam kejadian di Taman Damai di sini 3 November lalu.

Kejadian jam 3.30 pagi itu berlaku ketika mangsa, Ahmad Kamal Ismail, 27, bersama isteri dan anak perempuannya berusia 4 tahun terjaga daripada tidur selepas terdengar bunyi letupan mercun dan radio yang dipasang kuat.

Iklan
Iklan

Ahmad Kamal yang bekerja sebagai juruteknik sebuah syarikat swasta berkata, sejurus keluar dari rumah, dia terkejut apabila melihat serpihan mercun yang sudah dibakar bersepah memasuki kawasan kediamannya.

"Saya nampak kelibat seorang lelaki memanjat pagar rumah dan mengajak saya bergaduh," katanya.

Iklan

Ahmad Kamal berkata, sebelum kejadian, dia berjumpa dengan jirannya itu pada jam 12 tengah malam meminta mereka tidak terlalu bising sebelum beredar masuk ke rumah untuk tidur.

"Bagaimanapun, kami sekeluarga tidak boleh tidur kerana bunyi radio dan mercun semakin kuat," katanya.

Iklan

Menurutnya, kereta Proton Gen2 yang diparkir di luar rumah juga rosak akibat dibaling kerusi dan terdapat kesan serpihan mercun pada pagi kejadian.

"Saya kemudiannya membuat laporan polis di Balai Polis Klang Utara," katanya.

Sementara itu, Sinar Harian sedang berusaha mendapatkan kenyataan daripada Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd Salleh berhubung kejadian.