Masjid di bawah JAIS wujud tadbir urus yang baik

Iklan
Amirudin Shari

SHAH ALAM - Pentadbiran masjid yang diletakkan di bawah pengurusan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) berupaya mewujudkan tadbir urus yang baik dan memaksimumkan fungsi ibadah, dakwah, pendidikan dan Social Responsibility Concern (SRC) di masjid.

Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari berkata, matlamat pelaksanaan pentadbiran masjid tersebut selaras dengan hasrat Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Majlis Agama Islam Selangor.

Iklan
Iklan

"Pelaksanaan perkara ini tidak menyalahi undang-undang malah ia dibuat mengikut undang-undang berdasarkan Seksyen 104(3) (berhubung penubuhan jawatankuasa pengurusan masjid) dan diwartakan mengikut Seksyen 105 (Pewartaan) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003.

"Ia dilaksanakan setelah mendapat kelulusan Majlis Agama Islam Selangor dan diperkenankan oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku," katanya ketika sesi Sidang Dewan Undangan Negeri Selangor hari ini.

Iklan
Iklan

Terdahulu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Taman Medan, Syamsul Firdaus Mohamed Supri bertanyakan soalan berkaitan masjid yang diletakkan di bawah pengurusan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).