Pelajar positif dadah di Sarawak catat jumlah tertinggi

Iklan

KUCHING – Pelajar sekolah menengah yang positif dadah di Sarawak setakat Oktober 2018 mencatatkan jumlah yang tertinggi di Malaysia.

Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Datuk Seri Zulkifli Abdullah berkata, hasil daripada pemeriksaan saringan air kencing di 191 buah sekolah di kawasan berisiko tinggi, sejumlah 301 pelajar didapati positif dadah.

Iklan
Iklan

Kawasan berisiko itu adalah Gita, Kuching, Samarahan, Sri Aman, Sibu, Bintulu dan Miri.

"AADK mendapati kebanyakan pelajar positif dadah jenis methamphetamine, keadaan ini amat membimbingan kerana melibatkan remaja di bawah umur 18 tahun,” katanya pada sidang media semasa melawat tapak baharu Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) di Jalan Puncak Borneo di sini, hari ini.

Iklan

Turut hadir Pengarah AADK Sarawak, Wan Madihi Wan Salleh.

"Mereka yang positif ini akan terus dipantau serta diberikan kaunseling dan bimbingan dari semasa ke semasa oleh guru-guru yang telah terlatih disamping menjalani saringan air kencing dari pihak AADK sehinggalah bebas daripada penyalahgunaan dadah,”katanya.

Iklan

Justeru itu, beliau berkata, AADK akan terus memperkasakan saringan di sekolah-sekolah yang telah dikenal pasti berisiko bagi membantu dan membanteras penggunaan dadah di kalangan pelajar. - Bernama