Selepas 20 tahun, Devil's Fingers muncul semula

Iklan
Cendawan Clathrus Archeri yang berbau seperti daging busuk ditemui semula di Britain selepas 20 tahun.

BRISTOL - Sejenis cendawan berbau seperti daging busuk ditemui semula di Britain selepas 20 tahun.

Cendawan Clathrus Archeri, dikenali juga sebagai Devil's Fingers atau Octopus Stinkhorn, pertama kali ditemukan di United Kingdom pada tahun 1946 namun ia tidak kelihatan sejak tahun 1999.

Iklan
Iklan

Namun ia berjaya ditemui semula oleh pasukan pemuliharaan Avon Wildlife Trust di rizab semula jadi Dolebury Warren di Mendip Hills, Bristol pada minggu lalu.

Cendawan yang kebiasaannya tumbuh di kayu reput atau tunggul kayu itu pada awalnya kelihatan seperti telur yang separuh tertimbus dengan empat hingga tujuh 'tentakel'.

Iklan

'Tentakel' tersebut akan terbuka dan menampakkan bahagian dalam cendawan yang berwarna merah jambu serta diliputi spora gelap yang mengeluarkan bau busuk.

Devil's Fingers dikatakan berasal dari New Zealand dan Australia, ia tiba di Eropah sekitar 105 tahun lalu. - Agensi

Iklan