RIYADH – Suruhanjaya Hak Asasi Arab Saudi (HRC) menekankan Adhl atau melarang wanita berkahwin yang diamalkan segelintir ibu bapa di negara itu dianggap sebagai satu bentuk jenayah yang melanggar hak asasi manusia dan maruah wanita serta hak untuk membentuk keluarga.
"Ini adalah amalan dilarang agama yang bertentangan dengan kesemua undang-undang dan peraturan," kata HRC dalam satu kenyataan semalam.
Iklan
Iklan
Difahamkan, situasi di mana wanita dihalang untuk berkahwin adalah salah satu bentuk pencabulan di bawah Undang-undang untuk Melindungi Pelanggaran.
Jelasnya, HRC juga mengikuti perkembangan kes itu dengan pihak berkuasa yang kompeten untuk memastikan golongan terbabit dilindungi dan menangani kes itu dengan betul.
"Artikel 39 Prosedur Undang-Undang menetapkan wanita yang dilarang oleh penjaga sah mereka daripada berkahwin berhak untuk memfailkan tindakan undang-undang ke atas mereka," ujar HRC.
HRC menggesa wanita yang menjadi mangsa Adhl yang merupakan satu bentuk penindasan dan pelanggaran ke atas mereka supaya mengikuti peraturan untuk mendapatkan hak mereka.
Menurut suruhanjaya itu lagi, jenayah seperti itu menunjukkan tahap kesedaran yang rendah terhadap ancaman kemanusiaan dan sosial malah ia menggesa pihak berkepentingan untuk meningkatkan kempen kesedaran tentang bahaya risiko itu yang melibatkan jenayah itu dan hukuman yang bakal diterima. - Agensi