Jangan sesekali bergaduh depan anak

Iklan
YATT bersama tiga cahaya matanya dan beliau kini sedang hamil anak keempat. Kredit foto: @yatthamzah_suci

PASANGAN suami dan isteri yang bergaduh di depan anak-anak bukan sahaja mengganggu emosi, malah turut memberikan kesan negatif terhadap perkembangan si kecil.

Itu pandangan yang dilontarkan personaliti Yatt Hamzah, 39, atau nama sebenarnya Hayati Hamzah menerusi laman sosial Instagram beliau baru-baru ini.

Iklan
Iklan

Ibu kepada tiga cahaya mata itu dan kini sedang menanti cahaya mata keempat menyifatkan pertelagahan antara suami dan isteri yang disaksikan anak-anak akan membawa impak tidak sihat kepada mereka kelak.

Berikut enam kesan buruk boleh menjejaskan anak-anak. Antaranya ialah:

Iklan

1) Kemurungan dan rasa bersalah

-Apabila anak-anak mencecah usia tujuh tahun ke atas mereka mudah memahami perkara yang berlaku di sekeliling.

Iklan

-Misalnya, ibu dan bapa bergaduh berhubung isu belanja sekolah anak, maka mereka akan berasa kemurungan dan bersalah kerana menjadi punca perbalahan berkenaan.

-Lantas, anak-anak akan menyalahkan diri sendiri atas pergaduhan tersebut.

2) Perkembangan otak terjejas

- Hasil kajian Eamon McCrory daripada Universiti College London mendapati, jika ibu bapa bergaduh atau anak-anak melihat ibunya dimarahi bapa tidak mustahil mereka akan meniru tingkah laku terbabit.

3) Anak menjadi stres

- Perbuatan gadun di depan anak boleh mengganggu emosi mereka seperti depresi, stres dan tekanan perasaan.

- Justeru, tingkah laku mereka terhadap orang sekeliling dan prestasi belajar akan terjejas.

4) Kurang keyakinan diri

-Anak-anak kurang mempercayai diri sendiri dan kerap keluar dari rumah kerana menyifatkan dunia luar lebih baik.

5) Mudah sakit

- Bayangkan anak sedang tidur, tetapi ibu bapa pula bertengkar. Ia akan membuatkan anak mudah jatuh sakit dek mengalami gangguan tidur dan tidur tidak mencukupi.

6) Anak akan berdendam

- Ia akan menumbuhkan kebencian dalam diri mereka dan berdendam pada orang tuanya.

- Pada masa sama, ia membentuk karakter anak terutamanya melibatkan kesihatan mental.

"Sehubungan itu, jika ibu bapa ingin memastikan mental anak-anak sentiasa berada dalam kondisi yang baik, maka berbincanglah secara aman dengan pasangan di dalam kamar tidur peribadi," kongsi Yatt.

Sumber: Instagram @yatthamzah_suci