'Dua kali banjir dalam seminggu'

Iklan
Seramai lapan keluarga ditempatkan di PPS Taman Etnobotani sejak semalam.

GUA MUSANG - Seramai 41 penduduk daripada lapan keluarga di Kampung Tanah Putih di sini dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) selepas rumah mereka dinaiki air malam semalam.

Mangsa, Siti Nor Asmadiana Aziz, 22, berkata, air mula memasuki kawasan rumahnya pada jam 10.15 malam.

Iklan
Iklan

Menurutnya, banjir kilat itu bagaimanapun tidak seteruk banjir kilat Jumaat lalu sehingga air naik hampir satu meter.

"Hujan yang berlarutan amat merunsingkan dan enam hari selepas kejadian banjir kilat itu, kami diuji lagi.

Iklan

"Saya dan keluarga mula berpindah ke PPS pada jam 12.45 tengah malam," katanya ketika ditemui di PPS Taman Etnobotani di sini semalam.

Keadaan di halaman rumah Norizan yang dinaiki air semalam.

Iklan

Seorang lagi mangsa, Norizan Awang, 48, berkata, dia sudah perit mengenangkan kejadian yang berlaku dua kali dalam tempoh kurang seminggu.

"Kami mahu penempatan lain, saya sudah letih dengan situasi ini. Sampai bila kami perlu hadap kejadian seumpama ini lagi.

"Kesan banjir kilat Jumaat lalu masih belum pulih sepenuhnya, kami diuji lagi dengan kejadian yang sama," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Mohd Taufik Maidin berkata, sebanyak lapan keluarga ditempatkan di PPS sejak malam semalam.

"Seramai 41 mangsa banjir melibatkan 19 dewasa, 16 kanak-kanak, empat bayi dan dua warga emas dipindahkan ke PPS Taman Etnobotani selepas kediaman mereka dinaiki air," katanya.

Seramai lapan keluarga ditempatkan di PPS Taman Etnobotani sejak semalam.