Kerajaan tambah lesen kelas A, galak anak muda jadi nelayan

Iklan
Salahuddin Ayub

KUALA LUMPUR - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani hari ini mengumumkan tambahan 500 lesen sampan baharu kelas A kepada golongan nelayan dalam usaha untuk menggalakkan penglibatan kumpulan muda terhadap kelangsungan industri itu.

Menterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, tambahan lesen itu juga selepas mengambil kira kriteria ditetapkan termasuk konsep pemodenan yang sedang diteliti oleh kerajaan.

Iklan
Iklan

"Saya ingin umumkan bahawa saya bersedia memberi tambahan 500 lesen baharu kelas A tetapi dengan pemodenan (vesel sampan dan peralatan), dengan satu nilai tambah sebagaimana negara Norway sebagai contoh (yang) sentiasa memberikan nilai tambah kepada nelayan mereka.

"Dengan 500 lesen baharu ini, saya akan pastikan kita buat pemodenan dengan satu era yang lebih menarik. Insya-ALLAH, menggamit nelayan muda masuk ke industri ini dan beri pulangan besar ke negara kita," katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian ketika Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri pada persidangan Dewan Rakyat bagi menjawab soalan tambahan Datuk Dr Abd Latiff Ahmad (PH-Mersing) yang ingin tahu sama ada kementerian akan melakukan audit supaya lebih ramai nelayan mendapat Elaun Sara Hidup (ESH).

Terdahulu, ketika menjawab soalan asal Dr Abd Latiff berhubung usaha kementerian bagi memastikan kelompok nelayan di kawasan Tanjung Piai, Johor tidak 'pupus', Salahuddin berkata, kementerian itu telah melaksanakan program serta projek yang memberi kesan jangka panjang untuk meningkatkan sumber pendapatan nelayan.

Iklan

Beliau berkata, antara projek dijalankan ialah ternakan ikan dalam sangkar ‘high-density polyethlene’; projek ternakan kupang atau tiram menggunakan sistem rawai ‘P-Line’; projek agropelancongan (perikanan rekreasi dan inap desa); serta menaik taraf jeti pendaratan ikan sedia ada bagi meningkatkan jumlah pendaratan ikan.

"Program pemutihan ESH yang dilaksanakan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia bukannya menidakkan bantuan kepada nelayan tetapi bertujuan memastikan nelayan yang tulen dan benar-benar layak sahaja menerima bantuan itu.

"Di Tanjung Piai, sehingga 2018, seramai 454 nelayan menerima pampasan bernilai RM2,000 seorang sejak 2004, dan secara purata mereka terima lebih kurang RM12,700 seorang dan akan ditambah dari semasa ke semasa," katanya. - Bernama