GEORGE TOWN - Pulau Pinang sentiasa memantau perkembangan cuaca dengan teliti berikutan jangkaan negeri itu menghadapi hujan lebat dan ribut petir esok hingga Ahad ini berikutan Taufan Nakri dan Taufan Matmo.
Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar Pulau Pinang, Phee Boon Poh berkata, pihaknya juga bekerjasama dengan jabatan berkaitan dan sentiasa dalam keadaan bersiap sedia bagi menghadapi sebarang kemungkinan.