RAUB - Kecekapan anggota bomba akhirnya berjaya menangkap dua ekor ular yang menyorok dalam enjin kereta jenis Honda Civic berhampiran Klinik Bukit Pampong, Jelu di sini hari ini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Raub, Penolong Penguasa Bomba Khairul Anuar Yaacob berkata, dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, seramai empat anggota bergegas ke lokasi kejadian berjaya menangkap ular jenis tedung selar sepanjang kira-kira 3.6 meter (m) dan ular jenis rusuk kerbau sepanjang 1.5m yang bersembunyi di bahagian enjin kereta.