Jangan biar murung rosakkan diri

Iklan
Tahap kemurungan yang kronik boleh menyebabkan mencederakan diri sendiri dan mengancam nyawa orang sekelilingnya- sumber foto 123RF

KADANGKALA kita tak sedar kita sedang 'sakit' dan memerlukan bantuan profesional untuk memulihkan semangat dan kewarasan kita.

Khidmat kaunselor seringkali kita pandang sepi atau berpandangan skeptikal terhadap tugas dan peranan mereka.

Iklan
Iklan

Kita juga sebenarnya tidak tahu, melalui khidmat nasihat kaunselor mampu merubah derita murung kita kepada hidup yang lebih ceria dan bermanfaat.

Merak Jalanan teringat drama bersiri di Netflix, 13 Reasons Why yang ditonton baru-baru ini.

Iklan

13 Reasons Why mengisahkan seorang remaja perempuan bernama Hannah lakonan Katherine Langford yang membunuh diri akibat tidak tahan dibuli rakan sekolah termasuk teman baiknya sendiri.

Bagaimanapun, sebelum dia membunuh diri, Hannah membuat 13 rakaman kaset tentang setiap individu yang membulinya.

Iklan

Pelajaran daripada drama itu adalah bagaimana orang sekeliling kita termasuk pasangan, ibu bapa, rakan-rakan dan keluarga ada ketika tidak sedar telah melukakan hati seseorang dengan teruk.

Memang tak dapat dinafikan, ada ketika, pihak yang sama sering terlepas kata, mengguris hati dan tindak tanduk mereka membuatkan kita rasa stres.

Stres boleh berlaku akibat tekanan di tempat kerja, hubungan suami isteri, kenakalan anak-anak ataupun sikap orang yang terdekat.

Sebenarnya, jika apa sahaja perkara yang berlaku dalam hidup buat anda jadi murung atau sedih, jangan berlengah, segeralah dapatkan bantuan.

Andai tidak dapat kaunselor, cubalah jumpa imam masjid, individu yang dipercayai atau sesiapa sahaja yang rasional supaya kita menjadi orang yang sihat minda dan fizikal.