KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan nafi mengenakan caj sehingga RM100 bagi pemeriksaan kesihatan pelajar untuk kemasukan ke sekolah milik kerajaan, seperti ditularkan di media sosial.
Ketua Setiausaha kementerian Datuk Seri Dr Chen Chaw Min berkata semua sekolah milik kerajaan termasuk Sekolah Asrama Penuh hanya dikenakan caj sebanyak RM1.