KENINGAU - Video yang memaparkan murid-murid Sekolah Kebangsaan (SK) Luagan, Keningau bersalaman dengan pengawal keselamatan mengundang pelbagai respon positif dan reaksi di kalangan netizen.
Dalam rakaman video itu boleh dilihat semua murid-murid sekolah tersebut bersalaman dengan pengawal keselamatan yang menjaga sekolah tersebut sebelum mereka menjejaki kaki untuk menuntut ilmu.
Video yang dimuat naik Azwan Mahmin di Facebook miliknya turut memuat naik posting memberitahu"Assalamualaikum, terlebih dahulu mohon maaf pada pihak sekolah dan pada sesiapa yang terlibat kerana mengambil video secara curi-curi.
"Saya rasa tersentuh dengan budaya yang diterapkan pada semua pelajar sekolah ini untuk menghormati pada semua golongan iaitu orang yang lebih tua dan seperti video yang diambil secara curi2 ini.
"Tahniah pada semua kakitangan sekolah dan semua Ibu bapa. Saya rasa sangat bangga dengan melihat budaya yang diamalkan ada sekolah ini. Ini merupakan antara satu nilai didikan moral terbaik," tulisnya.
Perkongsian video tersebut yang tular di media sosial kini meraih 17,000 tontonan dan 11,000 telah berkongsi video tersebut di samping rata-rata netizen memuji tindakan yang dilakukan oleh murid murid di sekolah terbabit.
Netizen juga kagum dengan didikan ibu bapa di sana yang pandai mendidik anak-anak mereka menghormati orang yang lebih tua tidak kira memegang pangkat apa dalam pekerjaan.
"Sekalung tahniah kepada semua warga SK Luangan. Contoh pendidikan moral di tahap paling tinggi,tahniah sekali lagi. Semoga para pelajar sentiasa diberkati dan berjaya dunia akhirat...Amin," tulis Sue Hanaz di Facebook.
Mac Authur pula berkata"Terbaek..salute..Terima kasih pada ibu bapa dan pihak sekolah. Walaupun pengawal keselamatan, pihak mereka lah yang sedaya upaya menjaga keselamatan murid-murid dan guru-guru di skolah. Terima kasih abang pengawal keselamatan,".