Majikan kantoi beri alasan takut pekerja lari

Iklan
Ahmad Salihin (kiri) sedang menyoal siasat salah seorang pekerja warga asing di sebuah kedai makan yang diserbu kelmarin. -FOTO: IHSAN JIMT

DUNGUN-"Takut pekerja lari." Itu antara alasan diberi majikan kepada penguatkuasa Imigresen selepas tindakan menggaji pekerja asing tanpa permit sah dikesan.

Ketua Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Imigresen Terengganu, Ahmad Salihin Salleh berkata, selain itu majikan turut memberi alasan takut pekerja tidak boleh buat kerja dan mahu mencuba dahulu dalam beberapa tempoh sebelum membuat permit kerja.

Iklan
Iklan

"Dengan pelbagai alasan diberikan menjadi punca majikan hari ini dilihat suka bertangguh untuk mendaftar pekerja asing masing-masing sedangkan mereka perlu mendapatkan permit sah dahulu sebelum membenarkan pekerja asing bekerja.

"Majikan yang dikesan melakukan kesalahan tersebut boleh didakwa mengikut Seksyen 55(B)(1) Akta Imigresen 1959 iaitu hukuman denda RM20,000 atau penjara enam bulan jika sabit kesalahan.

Iklan

"Semua majikan terutama pemilik kedai makan diingatkan supaya memandang serius pengambilan permit kerja sah dan sekiranya mereka perlu mendapatkan rujukan serta nasihat berkaitan sila ke pejabat JIMT bahagian pekerja asing," katanya ketika ditemui di pejabatnya hari ini.

Terdahulu Ahmad Salihin berkata, seramai 59 pekerja asing diperiksa dalam operasi bersepadu (Ops Sapu/Selera/Belanja/Mahir/Kutip) di sembilan lokasi termasuk tapak pembinaan dan kedai makan di daerah ini antara jam 3 petang hingga 9 malam kelmarin.

Iklan
Sebahagian PATI yang ditahan dalam serbuan di tapak pembinaan di Dungun, kelmarin.Gambar ihsan JIMT.

Katanya, daripada jumlah itu seramai 19 pekerja asing tanpa izin (PATI) berusia antara 16 hingga 53 tahun ditahan selepas didapati melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen.

"Antara yang ditahan seramai lima lelaki warga Bangladesh; empat lelaki warga India; sembilan lelaki warga Pakistan dan seorang lelaki warga Myanmar yang dikesan melakukan kesalahan di bawah Peraturan 39(B) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 kerana menyalah guna pas lawatan sosial, Seksyen 15(1)(c) akta sama kerana tinggal lebih tempoh dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/1963 kerana tiada dokumen sah.

"Pihak kami juga mengeluarkan borang 29 (saman saksi) kepada tiga majikan untuk mereka hadir ke pejabat Imigresen bagi membantu siasatan," katanya