LTTE: Mahkamah ambil maklum aduan dua tertuduh

Iklan
Kalaimughilan dibawa keluar oleh anggota polis.

KUALA LUMPUR - Mahkamah Sesyen di sini hari ini akan memeriksa aduan dua tertuduh yang dikaitkan dengan kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) pada 5 dan 6 Disember ini.

Hakim Azura Alwi menetapkan tarikh itu selepas mahkamah mengambil maklum dengan aduan yang dibuat peniaga, B Subramaniam, 57, dan pengutip besi buruk A Kalaimughilan, 28.

Iklan
Iklan

Azura berpuas hati dengan penerangan yang dibuat di mana ada kesalahan (berasas) di bawah Seksyen 128 Prosedur Tatacara Jenayah dan Seksyen 133 prosedur yang sama.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Low Qin Hui manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam S Selvam.

Iklan

Selvam berkata, anak guamnya menerima tekanan secara mental dan hari ini mahkamah mengambil maklum dengan perkara tersebut.

Pada 1 November lalu media melaporkan beberapa tertuduh mendakwa mereka diberi layanan buruk dan diugut semasa dalam tahanan.

Iklan

Ini menyaksikan Hakim merakamkan kenyataan daripada dua tertuduh itu dalam kamera iaitu hanya hakim, peguam dan saksi dibenarkan hadir semasa prosiding itu.