Agong solat Jumaat di Masjid Abu Hurairah Kampung Batu

Iklan
Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (tengah) berkenan menunaikan solat Jumaat di Masjid Abu Hurairah hari ini.-fotoBERNAMA (2019) HAK CIPTA TERPELIHARA

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat menunaikan solat Jumaat di Masjid Abu Hurairah, Kampung Batu, Batu 5 Jalan Sultan Azlan Shah di sini hari ini.

Seri Paduka yang berangkat tiba pada kira-kira jam 12.58 tengah hari disambut Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Iklan
Iklan

Sultan Abdullah kemudiannya menyertai jemaah mendengar khutbah bertajuk ‘Teladani Rasulullah, Hayati Sunnah’, yang disampaikan imam masjid berkenaan, Muhamad Afiq Hamzah.

Muhamad Afiq dalam khutbahnya menyebut, Rasulullah SAW tidak pernah mengutuk mereka yang beragama selain Islam membuktikan ketinggian budi pekerti baginda.

Iklan

Menurut beliau, umat Islam harus bersungguh-sungguh mengikut sunnah dan amalan yang dipraktikkan Rasulullah SAW serta menghormati semua orang tanpa mengira bangsa dan agama.

Selesai solat Jumaat, Sultan Abdullah bersalaman dengan jemaah sebelum berangkat meninggalkan masjid. - Bernama

Iklan

Yang di-Pertuan Agong berkenan mendengar khutbah Jumaat sebelum menunaikan solat Jumaat di Masjid Abu Hurairah hari ini. --fotoBERNAMA (2019) HAK CIPTA TERPELIHARA