Polis kesan waris individu rentung

Iklan
Mohd Said

SEREMBAN- Polis sedang mengesan waris dua individu yang ditemui rentung dalam kemalangan di KM262.1 Lebuhraya Utara Selatan arah utara Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim, berkata, polis belum dapat mengenal pasti identiti dua individu terbabit.

Iklan
Iklan

"Susulan itu, polis sedang berusaha mengesan waris untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu, dalam kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 6 petang, sebuah kenderaan musnah 100 peratus selepas terbabas ke dalam longkang sebelum terbakar.

Iklan
Iklan

Pemandu dan seorang penumpang ditemui rentung dan mayat kemudian dihantar ke Hospital Tuanku Seremban untuk bedah siasat.