Kah Foh mahir buat keris

Iklan
Ah Lai menunjukkan keris panjang dibuatnya.

SATU dalam sejuta!

Itu perkataan pertama yang terlintas ketika Sinar Harian mengunjungi premis milik Lai Kah Foh 66, atau lebih dikenali sebagai Ah Lai di Kampung Bandar Permas, Kukup baru-baru ini.

Iklan
Iklan

Apa tidaknya, sebaik memasuki ke premis berkenaan, mata terus tertumpu kepada almari kaca yang memuatkan koleksi barangan besi milik Ah Lai yang melibatkan barangan logam buatannya sendiri seperti parang, badik, teppi dan keris.

Mengulas lanjut Ah Lai yang menceburkan diri dalam bidang pembuatan barangan berkenaan sejak zaman remajanya berkata, dia sememangnya meminati barangan hasil seni yang disifatkannya sebagai barangan unik dan perlu terus dipelihara.

Iklan

"Memang saya minat dengan barang-barang seni ini. Sejak kecil lagi. Bila pelanggan hantar saya akan buat.

"Biasanya, saya akan buat produk besi ini berdasarkan kepada tempahan daripada pelanggan. Mereka akan berikan saya satu 'sample' untuk saya buat,” katanya kepada Sinar Harian.

Iklan

Antara koleksi barangan besi Ah Lak.

Keris sering ditempah pelanggan

Ah Lai berkata, ayahnya yang berasal dari China sememangnya seorang tukang besi dan bermula dari situ, dia mula meminati bidang berkenaan.

Katanya, dia banyak belajar mengenai selok-belok pembuatan barangan seni berasaskan besi itu daripada ayahnya itu.

"Memang saya banyak belajar daripada ayah saya. Apabila sudah dewasa, saya mula berani untuk menceburkan diri dalam bidang pembuatan besi ini.

"Pada mulanya, memang ramai yang terkejut apabila mengetahui saya bukannya berbangsa Melayu tetapi sangat berminat dengan bidang pembuatan barangan seni daripada besi ini.

"Bagaimanapun, sehingga ke hari ini, saya bersyukur kerana masih mampu menghasilkan hasil-hasil seni besi ini, terutamanya keris yang sering menjadi barangan utama yang sering ditempah oleh pelanggan. Ada keris yang saya jual berharga RM600,” katanya.

Ah Lai bersama teppi.

Keris ada pantang-larang

Ah Lai berkata, pada hari ini, tidak ramai sebenarnya dalam kalangan tukang besi yang mahir membuat keris.

Katanya, keris agak istimewa kerana selain boleh dijadikan senjata, ia juga dijadikan alat kebesaran.

"Saya sendiri masih banyak belajar dan menerusi apa yang saya belajar, pembuatan keris ini menggunakan besi yang berbeza, kebiasaannya besi yang diimport.

"Selain itu, bahagian pertama yang perlu dibuat adalah bahagian mata keris dan diikuti bahagian lainnya sehingga siap. Paling cepat pun dua hari untuk disiapkan.

"Keris ini juga ada pantang-larangnya. Antaranya tak boleh kena cahaya matahari dan lain-lain lagi. Oleh itu kena banyak bersabar,” katanya.