Sabah senarai enam spesies ikan terancam

Iklan
Lawrence Kissol (dua dari kiri) menerangkan spesis ikan yu dan pari yang terancam dan dilarang penjualannya kepada peniaga Pasar Ikan Umum Sandakan pada Program Sosialisasi Spesies Terancam di pasar itu hari ini. --fotoBERNAMA (2019) HAK CIPTA TERPELIHARA

SANDAKAN - Jabatan Perikanan Sabah menyenaraikan enam spesies ikan terancam terbaharu dalam Akta Perikanan 1985 tahun ini.

Penolong Pengarah Pengurusan Sumber Marin Jabatan Perikanan Sabah, Lawrence Kissol berkata, spesies ikan terancam terbaharu itu melibatkan empat spesies ikan yu dan dua spesies ikan pari.

Iklan
Iklan

"Dalam Akta Perikanan 1985, kini ada 36 spesies terancam yang perlu dikawal.

"Untuk itu, Jabatan Perikanan Sabah menjelajah ke 17 daerah di Sabah, khususnya daerah marin, bagi memberi pemahaman mengenai spesies marin yang tidak boleh ditangkap dan dijual," katanya kepada pemberita selepas Program Sosialisasi Spesies Terancam di sini hari ini.

Iklan

Menurut Kissol, empat spesies yu yang tersenarai sebagai spesies terancam itu ialah yu tukul (Sphyma zygaena); yu tukul parang (Sphyma mokarran); yu tukul palang (Eusphyra blochii), dan yu sirip putih besar (Carcharhinus longimanus).

Dua spesies pari terancam ialah jenis pari tanduk masing-masing dikenali dengan nama saintifik Mobula birostris dan Mobula alfredi.

Iklan

Kissol turut menasihati masyarakat maritim di seluruh negeri khususnya nelayan, supaya melepaskan spesies marin terancam kembali ke laut jika mendapati hidupan marin berkenaan tertangkap atau tersangkut pada pukat nelayan.

Beliau menghargai keprihatinan masyarakat keseluruhan, khususnya nelayan dan penjual ikan, agar disalurkan maklumat betul dan panduan bagi membolehkan mereka mematuhi undang-undang berkaitan perikanan dengan lebih baik.

Pada program itu, Kissol menggantungkan poster yang tertera gambar dan maklumat mengenai spesies marin terancam di Pasar Umum Sandakan. - Bernama