Warga emas maut gara-gara betulkan aerial tv

Iklan
Ton-Up Ron terjatuh ketika membetulkan aerial televisyen di bumbung rumahnya. - Foto APEX

DEVON - ENGLAND . Seorang warga emas berusia 102 tahun yang terjatuh lalu 'terperangkap' atas bumbung rumahnya selama tiga hari sebelum diselamatkan, maut akibat pneumonia.

Ron Easton, atau nama panggilannya Ton-Up Ron, meninggal dunia di hospital, sembilan hari selepas diselamatkan di rumahnya terletak Bigbury-on-Sea, Devon pada 24 Oktober lalu.

Iklan
Iklan

Bekas pelumba rali itu dipercayai terjatuh selepas memanjat bumbung rumahnya untuk membetulkan aerial televisyen.

Mangsa yang tidak berupaya bergerak selepas terjatuh, akhirnya mendapat 'bronchopneumonia'.

Iklan

Mahkamah koroner Plymouth, mengklasifikasikan kematian Easton sebagai kemalangan.

Sementara itu, Doktor Sarah-Anne Milne, dari Hospital Derriford berkata, kematian Ton-Up Ron berpunca akibat terjatuh dan tidak boleh bergerak.

Iklan

Beliau turut menyenaraikan masalah koronori jantung sebagai faktor penyumbang kematian.