Penampilan sulung Nissan Ariya di TMS

Iklan
ARIYA dihasilkan menerusi platform kenderaan elektrik sepenuhnya baharu dari Nissan.

TERDAPAT sejumlah 12 rakan peserta yang terlibat secara langsung dengan Smart Parking.

EDARAN Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) melancarkan crossover konsep berkuasa elektrik sepenuhnya, Nissan Ariya Concept di Tokyo Motor Show (TMS) 2019 baru-baru ini.

Kehadiran Nissan Ariya menandakan jenama tersebut kini memasuki ke era seterusnya untuk memperbaharui falsafah sekali gus memperkenalkan arah tuju rekaan terkini Nissan.

Iklan
Iklan

Ariya direka menerusi platform kenderaan elektrik sepenuhnya baharu Nissan yang menampilkan dua motor elektrik bagi memacu kesemua roda.

Tiada sebarang perincian teknikal yang dimaklumkan pihak Nissan seperti kuasa motor, kapasiti bateri, jarak gerak dan sebagainya. Nissan hanya memaklumkan Ariya tersebut disokong oleh sistem cas cepat DC Chademo.

Iklan

Nissan Ariya menggunakan platform papan selaju yang mana pek bateri terletak di bahagian lantai dan tren kuasa motor elektrik berkembar yang memacu semua roda.

Ariya Concept mempunyai kabin premium yang luas dengan ciri berteknologi tinggi. Rekaan badannya pula ‘segar’ dan ‘bersih’ yang mana sangat sesuai dimiliki oleh sebuah kereta elektrik.

Iklan

Kereta tersebut dihasilkan dengan dimensi 4,600 mm panjang, 1,920 mm lebar (tidak termasuk cermin sisi) dan juga tinggi 1,630 mm.

Nissan Ariya Concept itu turut diberikan sistem bantuan pemanduan ProPILOT 2.0 iaitu ciri pemanduan tanpa tangan. Sistem berkenaan berhubung terus dengan dengan sistem navigasi membolehkan ia dipandu secara automatik dalam satu lorong dengan roda stereng dilepaskan sepenuhnya pada lebuh raya.