LZS laksana Kempen Zakat@Family

Iklan

SHAH ALAM - Lembaga Zakat Selangor (LZS) mengorak langkah dengan melaksanakan kempen Zakat@Family yang melibatkan ketua keluarga, penjaga atau wali di bawah tanggungan mereka.

Kempen ini dilaksanakan bagi memupuk kesedaran kepada pihak terlibat memastikan tanggungjawab masing-masing dalam memastikan taksiran dan pembayaran zakat ke atas setiap individu di bawah tanggungan dan jagaan mereka dilaksanakan dengan sebaiknya.

Iklan
Iklan

Di samping itu, langkah itu juga bagi memastikan setiap individu dalam sebuah keluarga Muslim di Selangor dapat menunaikan kewajipan berzakat ke atas harta yang mereka miliki selaras dengan kewajipan zakat yang bergantung kepada harta dimiliki dan bukannya kepada status usia atau kewarasan pemilik harta (akil baligh atau mukallaf).

Contohnya, kanak-kanak yang mempunyai wang simpanan sebanyak RM20,000, mereka telah layak menunaikan zakat kerana telah melebihi nisab namun mungkin penjaga tidak tahu berkaitan hal ini, maka kewajipan berzakat kanak-kanak itu tidak selesai.

Iklan

Oleh itu, penjaga perlu memastikan pembayaran zakat diselesaikan untuk diri sendiri, pasangan, tanggungan atau individu di bawah jagaan mereka setelah mengetahui kelayakan dan jumlah pembayaran bagi setiap pihak terlibat.

Melalui pelaksanaan kempen itu, LZS berharap dapat mendidik umat Islam di negeri ini untuk menunaikan ibadah zakat, sekali gus memastikan kewajipan mereka yang di bawah tanggungan mereka selesai.

Iklan

Untuk rujukan berkaitan perkara ini boleh layari portal rasmi LZS di www.zakatselangor.com.my