JIKA diperhatikan kebanyakan cef atau tukang masak di restoran sering dilihat mempamerkan teknik memasak 'melambungkan' bahan-bahan semasa menggoreng.
Cara tersebut adalah untuk memastikan bahan masakan terkena tempias api bagi membangkitkan rasa dan aroma yang wangi.
Lazimnya, teknik masakan sedemikian sukar untuk dilakukan di kediaman. Pun demikian, usah bimbang kerana pengguna masih berpeluang mencapai rasa 'wok' itu hanya dengan menggunakan perasa Rasa Sifu.
Produk keluaran Ajinomoto (Malaysia) Berhad berkenaan membantu membuatkan masakan di rumah persis menikmati sajian di restoran.
Proses memasak kini lebih mudah dan cepat dengan bantuan Rasa Sifu iaitu perasa semua dalam satu yang hadir dalam bentuk serbuk.
Kemanisan tiram antara keunikan terdapat dalam perasa Rasa Sifu termasuk bawang putih dan bawang merah yang ditumis serta bahan-bahan sampingan istimewa.
Selain itu, Rasa Sifu juga membuatkan hidangan sayur goreng lebih lazat berbanding sebelum ini sehingga boleh memikat selera anak-anak. Secara tidak langsung, golongan ibu berpeluang menambah menu sayur-sayuran yang seimbang dalam diet pemakanan seisi keluarga.
Pada masa sama, menjamu selera di luar juga dapat dikurangkan kerana masakan di rumah pastinya lebih sihat dan menyelerakan.
Perasa Rasa Sifu boleh didapati di pasar raya, kedai runcit dan kedai serbaneka seluruh negara dalam pek 20 gram (g), 100g dan 300g yang dijual pada harga berpatutan.