Cermin mata rona ceria

Iklan
POLAROID, Kate Spade dan Fendi antara jenama yang memperkenalkan koleksi cermin mata baharu.

MENYOROT trend pemakaian cermin mata hitam, ia dikatakan bermula pada zaman purba China dan Rom sekitar kurun ke-12.

Di China khususnya, pelengkap gaya berkenaan pada era itu diperbuat daripada kanta bersaiz rata yang bertindak melindungi mata daripada sinaran ultra violet (UV) dan silau.

Iklan
Iklan

Bahkan, segelintir pendapat mengatakan para hakim di mahkamah purba China akan memakai cermin mata hitam bagi menyembunyikan ekspresi wajah mereka tatkala menyoal kumpulan saksi.

Masa yang bersilih ganti menyaksikan pada awal tahun 1900, penggunaan cermin mata hitam menjadi semakin meluas terutamanya dalam kalangan bintang filem Hollywood.

Iklan

Justeru, melihat permintaan yang memberangsangkan telah mendorong seorang usahawan, Sam Foster memperkenalkan dan menjual cermin mata hitam konsep moden di pesisiran pantai Atlantic City, New Jersey, Amerika Syarikat sekitar tahun 1929.

Kemudian, muncul pula cermin mata hitam polarisasi rekaan, Edwin H. Land yang menggunakan penyaring jenis polaroid (1936).

Iklan

Jika sebelum ini, cermin mata hitam hanya berfungsi sebagai pelindung cahaya matahari, kini sebaliknya. Sejajar dengan peredaran zaman, cermin mata hitam antara aksesori yang wajib ada di dalam tas tangan wanita.

Kemunculan cermin mata hitam pelbagai jenama dalam rekaan, warna dan perincian baharu sentiasa dinanti-nantikan.

Terbaharu, tiga label antarabangsa popular, Polaroid, Kate Spade dan Fendi memperkenalkan koleksi terkini mereka.

Jenama Polaroid misalnya, mempamerkan cermin mata hitam bingkai rona panas seperti kuning, jingga dan biru elektrik. Penggayaan aksesori itu tampak stailo apabila dipadankan bersama busana wanita koleksi MSGM pada Minggu Fesyen Milan 2019.

Sementara itu, jenama Fendi juga ketinggalan mengetengahkan cermin mata yang bermain dengan nuansa terang dan ceria.

Selain warna coklat dan hitam, pencinta fesyen juga berpeluang menggayakan cermin mata berkonsepkan ala rama-rama. Kombinasi palet biru dan hijau serta merah jambu dan jingga menyuntik keunikan tersendiri.

Dalam pada itu, Kate Spade New York kekal meneruskan cermin mata variasi reka bentuk, warna-warna pilihan dan kepingan kanta yang moden dan sofistikated.