TEMERLOH -"Saya ada mendengar suara kanak-kanak menangis selepas solat Subuh di masjid ini," kata Siak Masjid, Sulaiman Abdullah,74.
Sulaiman mendakwa terdengar tangisan kanak-kanak dipercayai mangsa, Mohammad Aimin Nurul Amin, 7, selepas solat Subuh semalam tetapi tidak tahu punca mangsa menangis.
Bagaimanapun, katanya, dia terkejut selepas mendapat berita mangsa meninggal dunia pada hari sama.
Ketika ditanya sama ada pernah mendengar kes atau aduan pelajar tahfiz itu terlibat dalam kes pukul, Sulaiman berkata, dia tidak mengetahui perkara tersebut.
"Memang pusat tahfiz ini baru beroperasi dan pelajar mereka akan bersolat di masjid ini," katanya.
ARTIKEL BERKAITAN: Murid tahfiz mati dipercayai dipukul
'Tengkuk, kaki dia sejuk'
Masjid tersebut terletak kira-kira 100 meter dari pusat tahfiz berkenaan.
Sementara itu, tinjauan Sinar Harian hari ini mendapati asrama pusat tahfiz yang menempatkan empat remaja berusia 7 hingga 13 tahun itu sunyi tidak berpenghuni.