Lelaki curi beg tangan pengusaha cafe dicari

Iklan
Kelibat seorang lelaki berbaju belang dirakam menerusi CCTV masjid berkenaan.

MELAKA TENGAH - Seorang pengusaha cafe kerugian kira-kira RM1,000 selepas beg tangannya dipercayai dilarikan seorang lelaki tidak dikenali di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.45 pagi, Hasnah Kasim, 55, kebiasaannya akan meletakkan beg tangan di dalam bilik pekerja di cafe tersebut.

Iklan
Iklan

Anaknya, Ediahtul Zulkifli, 30, berkata, ibunya hanya menyedari beg tangan hilang setelah ayahnya yang kebetulan sedang berzikir dalam bilik merasakan ada seseorang masuk ke bilik itu.

"Kejadian begitu pantas bila ayah menoleh ke belakang dia mendapati beg tangan milik emak tiada dan segera bertanyakan kepada kami.

Iklan

"Saya bertanya kepada salah seorang pekerja pembersihan dan mak cik itu memberitahu dia nampak seorang lelaki ada masuk ke dalam kafe sebelum keluar tidak lama kemudian," katanya.

Tambahnya, apa yang menghairankan individu itu mengetahui kedudukan beg tangan ibunya dan kebetulan ketika kejadian cafe berkenaan tiada pelanggan.

Lelaki yang dipercayai mencuri beg jemaah wanita ketika solat subuh di Masjid Al- Khairiah Ayer Molek, di sini, awal pagi semalam.

Iklan

"Selain wang tunai berjumlah kira- kira RM1,000 yang juga duit modal turut terdapat kad pengenalan, kad bank dan dokumen lain yang disimpan dalam beg itu," katanya yang menemani ibunya membuat laporan polis di Kiosk Polis Pusat Transformasi Bandar (UTC) Melaka.

Dalam pada itu lelaki terbabit juga dipercayai terlibat dalam kes kecurian beg tangan di ruangan solat wanita di Masjid Al- Khairiah Ayer Molek di sini awal pagi semalam.

Kariah masjid berkenaan yang enggan dikenali berkata, lelaki berkenaan datang ke masjid itu selepas Isyak dan meminta izin untuk tidur dengan alasan dia baharu sahaja tiba dari Pulau Pinang untuk menghadiri temuduga di negeri ini.

Difahamkan keesokannya ketika jemaah sedang solat subuh dia dipercayai bertindak mengambil beg tangan seorang jemaah.

Perbuatan itu berjaya dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV) sebelum tular di media sosial dan berdasarkan daripada pakaian serta gerak geri individu terbabit adalah orang sama yang meminta izin untuk tidur dan disyaki mencuri beg tangan jemaah.