Cincin kahwin ditemui dalam perut jerung

Iklan
Salah satu jerung yang dipercayai membaham Richard Martyn. - Foto Agensi

SAINT DENNIS - Lelaki British yang hilang selepas berenang di Lautan Hindi, Pulau Reunion dikenal pasti isterinya selepas menemui cincin perkahwinan pada tangan yang terputus dalam perut ikan jerung kelmarin.

Pasangan itu, Richard Martyn Turner, 44, dan Verity Turner dari Edinburgh tinggal di resort lima bintang, Lux Réunion di Saint-Gilles di Pulau Reunion iaitu 100 batu dari Mauritius.

Iklan
Iklan

Penjawat awam itu dilaporkan hilang Sabtu lalu selepas berenang di Hermitage Lagoon di luar perairan Saint- Gilles yang dianggap 'selamat' kerana terumbu karang memisahkannya dari Lautan Hindi.

Bagaimanapun empat ikan jerung dijumpai berenang di dalamnya pada Ahad lalu termasuk yang membaham Richard Martyn.

Iklan

Difahamkan bedah siasat akan akan dilakukan bagi mengetahui sama ada dia mati kerana gigitan jerung, lemas atau mengalami serangan jantung.

Selain itu ujian DNA akan dijalankan ke atas mayat bagi mengesahkan ia adalah Richard Martyn manakala tiga ekor ikan jerung lain juga akan diperiksa kandungan perutnya. - Agensi

Iklan