Dua maut, 100 rumah di Australia terbakar

Iklan
Kebakaran luar kawalan di Harrington iaitu kira-kira 335 kilometer di timur laut Sydney.

SDYNEY - Sekurang-kurangnya dua orang maut dan 100 buah rumah musnah dalam kebakaran belukar yang melanda timur Australia hari ini.

Perkhidmatan kecemasan dalam satu kenyataan berkata, satu mayat ditemui di dalam sebuah kereta dan seorang wanita meninggal dunia selepas beberapa jam ditemui.

Iklan
Iklan

Tujuh orang dilaporkan masih hilang ketika bomba berusaha memadamkan puluhan kebakaran.

Kebakaran itu juga menyebabkan lebih 30 cedera dan sebahagian besarnya adalah anggota bomba.

Iklan

Hampir 100 kebakaran tercetus di luar bandar New South Wales dan Queensland dengan lima daripadanya di tahap sangat berbahaya.

Menurut Perdana Menteri, Scott Morrison kebakaran itu sangat membimbangkan dan menggesa penduduk mengikut arahan perkhidmatan kecemasan dan menjaga keselamatan mereka.

Iklan

Seramai 1,200 anggota bomba dan 70 pesawat khas terbabit dalam proses pemadaman itu. -AFP

Kebakaran di Taman Negara Wollemi berhampiran Lithgow, barat Sydney.
Kebakara belukar di timur Australia.

-