Guru hamil cedera ditikam suami

Iklan
Gambar hiasan

PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI] Seorang guru hamil 37 minggu cedera ditikam suaminya sendiri yang dipercayai mengalami kemurungan di sebuah rumah di Presint 9, di sini semalam.

Kejadian tersebut dilaporkan oleh doktor yang bertugas di Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Putrajaya selepas merawat mangsa berumur 35 tahun itu pada jam 9.50 pagi.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Putrajaya, Asisten Komisioner Rosly Hasan berkata, wanita tersebut memandu sendiri dari rumah ke hospital selepas ditikam oleh suspek berumur 39 tahun.

Menurutnya, mangsa putus pembuluh darah akibat daripada luka di jari kiri, lengan tangan kanan, dua kesan luka di perut dan luka di belakang kanan badan.

Iklan

"Mangsa juga mengadu sakit di bahagian perut dan bimbang akan kandungannya sebelum dirujuk ke Jabatan Obstetric dan Ginekologi serta Ortopedik bagi mendapatkan rawatan lanjut," katanya.

Beliau berkata, mangsa kemudiannya berjaya melahirkan anak melalui kaedah pembedahan.

Iklan

"Bayi mangsa berada dalam keadaan stabil," katanya.

Rosly berkata, suspek yang bekerja sebagai jurutera audio di sebuah stesen televisyen tidak mempunyai sebarang rekod jenayah.

"Suspek ditahan reman tujuh hari sehingga 15 November ini," katanya.