BN niat pun tak ada, apa lagi usaha: Khalid

Iklan
Ciapan Khalid di laman mikro Twitter miliknya.

KUALA LUMPUR – Penurunan harga petrol RON95 dan diesel dijangka akan menyumbang kepada penurunan harga barang dan kos sara hidup rakyat.

Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad berkata, kerajaan PH memang menyimpan hasrat ke arah membantu meringankan bebanan ditanggung rakyat.

Iklan
Iklan

Khalid yang juga Ahli Parlimen Shah Alam secara sinis turut menyindir kerajaan BN yang dakwanya ketika memerintah, tiada niat mahupun usaha ke arah itu.

"Harga minyak RON95 dan diesel dah turun. Insya-ALLAH menyumbang ke arah menurunkan kos barang dan kos kehidupan rakyat. Satu persatu kita uruskan.

Iklan

"Memang ada niat dan usaha ke arah itu semua, tidak seperti kerajaan BN dulu. Niat pun tidak ada, apatah lagi usaha,” katanya menerusi ciapan di laman mikro Twitter miliknya.

Semalam, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mengumumkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan.

Iklan

Kerajaan menetapkan harga mingguan bagi membolehkan pengguna menikmati sebarang perubahan harga dengan lebih cepat selaras aliran penurunan harga petroleum di pasaran dunia.

Kerajaan menetapkan harga runcit petrol RON95 pada RM1.93 seliter; diesel (RM2.04 seliter) dan petrol RON97 (RM2.23 seliter) mulai 12 tengah malam semalam hingga 11 Januari ini.