Mahkamah Tinggi tolak permohonan Zahid Hamidi

Iklan
Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR- Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri, Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk menggabungkan 12 pertuduhan pecah amanah (CBT) yang dihadapinya melibatkan dana milik Yayasan Akalbudi, menjadi tiga.

Hakim Collin Lawrence Sequerah membuat keputusan itu selepas mendapati 12 pertuduhan sedia ada yang dihadapi Ahmad Zahid adalah jelas dan boleh difahami tertuduh untuk menyediakan pembelaan diri serta tidak menimbulkan sebarang isu prasangka.

Iklan
Iklan

Timbalan Pendakwa Raya Datuk Raja Rozela Raja Toran mewakili pendakwaan manakala peguam Hisyam Teh Poh Teik mewakili Ahmad Zahid, 66.

Sementara itu, Raja Rozela memberitahu pemberita bahawa Ahmad Zahid memfailkan permohonan untuk mencabar Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan Akta Anti Pengubahan Wang Haram dan Anti Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLATFA) dan mahkamah menetapkan 18 November untuk mendengar permohonan itu.

Iklan
Iklan

Pada 19 Oktober dan 14 Disember tahun lepas serta 20 Februari lepas, Ahli Parlimen Bagan Datuk itu mengaku tidak bersalah terhadap keseluruhan 47 pertuduhan merangkumi 12 dakwaan pecah amanah, lapan pertuduhan rasuah dan 27 lagi berhubung pengubahan wang haram melibatkan puluhan juta ringgit milik Yayasan Akalbudi. - Bernama