KUALA LUMPUR- Umno mendakwa PH sebagaic yang bertindak sekadar menukar nama polisi dan dasar kerajaan BN yang pernah dikutuk sebelum ini.
Pemangku Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, kerajaan BN yang dituduh gagal selama 61 tahun sememangnya lebih baik berbanding PH.
Iklan
Iklan
"Mana lagi teruk, yang dituduh gaggal selama 61 tahun ke atau hanya tukar nama saja apa-apa yang pernah dikutuk dulu?"Sebangsat-bangsat Umno, sehina-hina Umno, seburuk-buruk Umno yang dicaci, adalah lebih baik daripada PH sekarang,” katanya menerusi ciapan Twitternya.
Mohamad turut menulis tanda pagar #kerajaanph dan #copypaste.
Beliau turut berkongsi lukisan kartun yang menampilkan seorang pemimpin PH berucap ketika menjadi pembangkang yang berjanji akan menukar semua polisi dan dasar kerajaan BN.
Sebaliknya, apabila berjaya menjadi kerajaan, PH hanya menukar nama agensi namun, masih menjalankan fungsi yang sama.
Artikel Berkaitan